Penaku...
Kertasku...
Saya...
Syafiq
15 Tahun pada 21 haribulan Mac
Budak BPGHS
Anak murid Cikgu Abdul Manaf di dalam kelas SASTERA MELAYU


Komen.


ShoutMix chat widget
elogic web solutions
stat counter

Teman-temanku.

  • [Cikgu Manaf]
  • [Ridzwan]
  • [Shalinah]
  • [Khairuddin]
  • [Haziq]
  • [Allisa]
  • [Azlinda]
  • [Faris]
  • [Asyur]
    January 2009 February 2009




  • Monday, February 16, 2009 |5:58 PM

    Hari ini kita beljar tentang Gurindam. Cikgu Manaf mengajar kita bahawa gurindam juga seperti pantun dan syair tetapi ia selalunya sebagai nasihat untuk pembaca.

    Contoh Gurindam(Dua-baris)

    Kalau hendak anak yang cerdik }apotasis
    Mestilah kita pandai mendidik. }diatasis

    Kalaulah hendak anak terpuji
    Mestilah dia pandai mengaji.

    Apotasis- syarat
    Diapotasis- lanjutan/ akibat

    Contoh Gurindam(tiga-baris)

    Cahari anakku akan sahabat }apotasis
    Yang dapat anakku jadikan ubat }apotasis
    Bahagia hidupmu sentiasa selamat. }diapotasis

    Cahari anakku akan kawan
    Pilihlah segala yang setiawan
    Dunia akhirat hidupmu aman.

    Cahari anakku akan guru
    Yang tahukan anakku sahabat seteru
    Hati akan tetap tidak keliru.

    Cahari anakku teman di hati
    Yang halal dekatkan haram dijauhi
    Supaya anakku tenang di hati.


    Monday, February 9, 2009 |11:59 PM

    Hari ini kita belajar tentang syair dan kelainan di antara pantun dengan syair. Cikgu Manaf mengajar kami pembentukan syair.

    Pembentukkan Syair:

    -Sebuah cerita panjang
    -Tidak perlu ada pembahyang
    -Sekadar rima 'aaaa' pada setiap hujung baris
    -Kata-kata dan ayat-ayat disesuaikan dalam penceritaan

    Sebelum mengkhiri kelas, Cikgu Manaf pengajar kami semua bebuah pantun yang bertajuk Sopan Santun. Nak Kata Pantun bukan pantun, nak kata Syair bukan syair. Haha.

    Sopan santun anak Melayu
    Senyumannya manis bila disapa
    Dalam pantun irama berlagu
    Terkenang jasa orang tua-tua.

    Lemak manis alah amboi-amboi!
    Santan kelapa alah amboi-amboi!
    Kupandanglah manis alah amboi-amboi!
    Anak siapa?

    Kami semua terikut-ikut Cikgu Manaf menyanyi bersama.


    Monday, February 2, 2009 |6:45 PM

    Hari ini kami belajar tentang syair. Syair juga sebuah bahagian daripada kesusateraan Melayu. Syair juga mempunyai lapan hingga dua-belas suku kata di dalam satu baris. Cikgu Manaf juga kata bahawa syair menggunakan bahasa segar. Ia tidak perlu mengikut subjek dan predikat. Suku kata yang terakhir di dalam satu baris untuk keempat-empat baris harus sama. Syair tidak ada pengunaan perkataan berimbuhan.

    Sebuah contoh daripada Cikgu Manaf:

    Abdul Manaf nama saya,
    Isteri saya guru juga,
    Muhamad Faiz Nurul rasyidah,
    Kedua-dua anak saya.


    Thursday, January 22, 2009 |9:24 PM

    Hari ini Kita mendapat Cikgu Sazali sebagai cikgu kerana Cikgu Manaf tidak dapat hadir ke kelas. Kita membelajari kesusasteraan.

    Kesusastera
    -Ciptaan yang disampaikan melalui bahasa
    -Berasal daripada kata 'su' dan 'sastera'(Bahasa Sanskrit)
    -'Su' bererti Baik, Indah dan cantik
    -'Sastera' bererti Karya(lisan/bertulis) atau buku

    Fungsi Kesusasteraan
    -Menyampaikan pengajaran
    -Menyampaikan pendidikan
    -Memberikan hiburan
    -Mendapat kepuasan ke pengarang buku
    -Menjamin dan memperbaiki pemikiran
    -Berbakti kepada Masyarakat

    Ciri-ciri Kesusasteraan
    -Sastera lisan
    -Sastera tulisan
    -Karya kreatif
    -Karya bukan kreatif
    -Unsur-unsur etika

    Cikgu Sazali juga mengajari kita bagaimana hendak mengasingkan pantun dan syair. Pantun ada indent di depanya setiap kerat, ada koma bertitik di kerat yang kedua dan setiap suku kata yang terakhir di kerat yang kedua dan terakhir berirama sama. Kerat yang pertama dan ketiga juga berirama sama.


    Monday, January 19, 2009 |6:09 PM
    Pantun Budi


    Perbincangan Ringkas Pantun Budi

    From: manafyasir,
    8 hours ago


    Perbincangan Ringkas Pantun Budi
    View SlideShare presentation or Upload your own. (tags: sastera o)



    Slaid perbincangan



    SlideShare Link


    |6:04 PM
    Pantun Nasib


    Perbincangan Ringkas Pantun Nasib

    From: manafyasir,
    7 hours ago


    Perbincangan Ringkas Pantun Nasib
    View SlideShare presentation or Upload your own. (tags: sastera o)



    Peribincangan Ringkas Pantun Nasib



    SlideShare Link


    |6:00 PM
    Pantun Peribahasa


    Perbincangan Ringkas Peribahasa

    Perbincangan Ringkas Peribahasa
    View SlideShare presentation or Upload your own. (tags: sastera o)



    Slaid perbincangan



    SlideShare Link

    Kesemua Slaid telah didapati daripada http://cikgumanaf.blogspot.com/